5 Pekerjaan Paling Berbahaya


Beberapa pekerjaan mungkin saja tidak biasa atau bahkan aneh bagi sebagian orang. Bagi kebanyakan orang, pekerjaan ya di kantor, di rumah. Pekerjaan seperti polisi, pengacara, nelayan, petani dan lain sebagainya adalah pekerjaan yang biasa. Namun pekerjaan seperti Bounty Hunter, Bodyguard, detektif adalah pekerjaan yang menantang bahaya dan cukup aneh bagi sebagian orang. Menurut data yang dirilis oleh investomedia.com, ada 6 pekerjaan aneh. Pekerjaan ini bisa saja terdapat diseluruh dunia, namun investopedia melakukan penelitiannya di Amerika serikat.


Berikut 5 pekerjaan aneh lengkap dengan gajinya.

1.Bounty Hunters

Ketika sesorang melarikan diri dari kasus yang sedang dijalaninya. Maka orang yang memberikan jaminan tersebut akan menyewa Bounty Hunter untuk mencari dan menangkapnya. Pekerjaan ini sama halnya dengan detektif dan menantang bahaya

Gaji : Biasanya, seorang Bounty Hunters meminta 10% sampai 45% dari jumlah jaminannya. Jadi, jika jaminan ditetapkan $100.000, maka seorang Bounty Hunter akan mendapatkan $10.000 sampai $40.000. Seorang Pemburu Bayaran yang berpengalaman akan mendapatkan sekitar $50.000 sampai $100.000 setiap tahunnya tergantung besar kecilnya jaminan.

Kualifikasi : Tidak ada kualifikasi khusus, meskipun seorang yang berlatar belakang hukum akan sangat membantu pekerjaan ini.

2.Dept Collector atau Repossesor

Ditengah sulitnya perekonomian, jumlah orang yang berhutang akan semakin meningkat. Hal ini akan menjadi lahan yang subur bagi penagih hutang.

Gaji : Seorang Repossesor biasanya akan mengambil $100 setiap kepemilikan yang dikembalikan atau $300 Setiap kembalinya kepemilikan.

Kualifikasi : tidak ada kualifikasi khusus kecuali kesabaran untuk berhadapan dengan orang yang marah-marah.

3.Bodyguards
Pengawal melakukan pekerjaan mengawal orang-orang kaya, ternama, selebriti. Pengawal dibayar tergantung jam, hari dan bulan. Biasanya, pengawal bekerja berjam-jam, apalagi harus mengawal dirumah.

Gaji : Gaji Bodyguard bervariasi. Rata-rata pengawal dibayar $300-$700 setiap hari. Tapi jika seorang bodyguard terlibat dalam hal yang beresiko tinggi, mungkin saja gaji nya meningkat sampai 6 angka.

Kualifikasi : seorang yang berlatar belakang militer dan hukum akan sangat membantu.

4.Private Investigator

Pekerjaan Private Investigator bisa jadi akan sangat berbahaya dan butuh waktu berjam-jam dalam kondisi yang kasar. Namun, Kabar baiknya, Di Amerika Serikat, Peluang ini diharapkan tumbuh 22 %.

Gaji : Gaji Private Investigator tergantung pada kondisi yang dihadapi, bahaya, lokasi. Biasanya sekitar $24.000 sampai $76.000. Detektif swasta biasanya memasang tarif per jam $40 atau lebih

Kualifikasi : Orang yang berlatar belakang hukun dan intelijen sangat cocok untuk pekerjaan ini

5.Dangerous Waste Removers
Pernahkah anda mengira siapakah yang akan memebrsihkan limbah-limbah berbahaya seperti cairan kimia, limbah nuklir, air raksa, timah? Diperlukan seorang Dangerous Waste Remover untuk melakukan itu semua. Bekerja dengan menggunakan sarung tangan, pelindung mata, muka

Gaji : untuk pemula bisa jadi dibayar $11 per jam. Seiring dengan pengalaman, akan dibayar $30 atau lebih per jamnya.

Kualifikasi : ijazah sekolah tinggi, atau mungkin dengan sesorang yang melewati on job training.


sumber

HEBOH SATU DUNIA BATMAN BIN SUPARMAN DITANGKAP

KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.
SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Christian Bale sebagai Batman pada tahun 2012.Kini Batman bakal kepenjara Singapura.
Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.

Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).
Pencerobohan: Batman memecah masuk ke dewan snooker di Pusat Membeli-belah Heights Depot di Singapura.
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).

Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.

Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.

Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.
Kuasa: Henry Cavill sebagai Superman pada tahun 2013 filem Man of Steel. Batman bin Suparman pula dijatuhi hukuman penjara.
Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.

Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.

Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."

5 Sepatu Olahraga Termahal di Dunia

Jika dipikir lagi rasanya sayang menggunakan sepatu ini.

Ya, sepatu-sepatu olahraga di bawah ini, memiliki harga yang fantastis. Si pemilik pastinya berduit dengan pendapatan wah!

Mari lihat jajaran sepatunya di bawah ini seperti yang diberitakan bornrich.com.

 
1. Diamond Studded Nike Boots (US$ 218.000 / Rp 1,962 miliar)

Sepatu olahraga asal pabirkan Nike ini diyakini masih yang termahal hingga kini. Sepatu ini dipakai oleh pesepakbola Inggris John Terry, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

Mereka mendapatkannya dari acara lelang untuk amal bagi yayasan Rio Ferdinand, "Dream Foundation".

Sepatu dihiasi dengan 7,444 batu berharga dan berlian. Didesain oleh desainer terkenal Luisa Di Marco yang memberikan sentuhan khusus dengan berlian hitam, emas putih bersama dengan batu sapphire.

Secara keseluruhan total tiga pasang sepatu tersebut adalah 623 ribu dolar US. Tapi yang paling mahal yakni milik John Terry, seharga 218 ribu dolar US.

 
2. Air Jordan Silver Shoe (US$ 60.000 / Rp 540 juta)
Air Jordan Silver Shoe
big
Sepatu bertanda tangan Michael Jordan ini muncul dalam lelang eBay. Penjualnya mengatakan bahwa sepatu tersebut merupakan hadiah ulang tahun untuknya beberapa tahun silam. Sepatu tersebut laku oleh seorang penggemar MJ senilai 60 ribu dolar.

 
3. Diamond Studded sneakers (US$ 50.000 / Rp 450 juta)
Nike Air Zoom Kobe 1
bigDibuat oleh Nike dengan nama "Air Force 1." Sepatu ini bertatahkan berlian 11 karat yang menghiasi sekitar logo Nike dan dicor dengan logam emas. Untuk menjadi sneaker yang paling mewah.

 
4. Nike Air Zoom Kobe 1 (US$ 29.999,99 / Rp 270 juta)
big
Edisi terbatas sepatu ini dibuat oleh Nike dengan empat desain. Pembedanya hanya gambar kota di atas sepatu. Kota-kotanya adalah, Los Angeles, Chicago, Texas dan New York. Anda akan menerimanya dalam bungkus kayu yang terdapat pahatan peta dari salah satu keempat kota tersebut.

Hanya dijual sebanyak 25 pasang dan 10 persennya akan diberikan kepada badan amal.

 
5. Gold Running Shoes (US$ 24.000 / Rp 216 juta )
Gold Running Shoes
big

Sepatu ini tentu saja bukan pahatan dari emas murni. Tapi hanya dilapisi seberat 620 gr emas murni. Memiliki panjang 26 cm, sepatu ini dijual di Shanghai Golden Grand Prixat pada 2007, dan laku seharga 24 ribu dolar US.
 
 
sumber

Buku kaitkan DAP dengan 13 Mei diedar kata saksi Tribunal Rakyat

OLEH MOHD FARHAN DARWIS September 22, 2013  Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Buku kecil berunsur perkauman yang mengaitkan DAP dengan tragedi berdarah 13 Mei didakwa diedarkan di kawasan perkampungan di Labis, Johor ketika Pilihan Raya 2013 lalu, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.


Calon DAP bagi kerusi Parlimen Labis, S. Ramakrishnan dalam keterangan yang diberikan ketika tribunal berlangsung berkata buku berkenaan diedarkan dengan perkataan perkauman yang menunjukkan seolah-olah DAP sebuah parti perkauman.
"Ada buku kecil yang diedarkan ke kawasan kampung yang berniat jahat mengaitkan 13 Mei dengan DAP," kata Ramakrishnan kepada panel Tribunal Rakyat.

 Salah seorang panel, Dr Mavis Puthucheary bagaimanapun berkata meskipun wujud perkara demikian, persoalannya mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.
"Kita tak tahu siapa yang buat. Memang ia melanggar peraturan pilihan raya, tapi siapa kita nak salahkan?" soalnya.
Parlimen Labis dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Chua Tee Yong apabila berjaya menewaskan Ramakrishnan.

Tribunal yang bermula 18 September lalu turut menampilkan pakar undang-undang Perlembagaan dan Ketua Penasihat Perlembagaan Unit Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal, Yash Pal Ghai sebagai pengerusi.

Selain itu, panel antarabangsa yang turut terbabit iaitu bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan
Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia. – 22 September, 2013.
The Malaysian Insider

OPERASI MENJEJAK PENGGANAS TERUS DIPERHEBAT

Agusta Westland AW109

LAHAD DATU: Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.

Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.
Kelihatan anggota tentera keluar dari helikopter Pasukan Udara Tentera Darat Agusta Westland AW109 ketika tiba bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan semasa Op Daulat di Felda Sahabat di Lahad Datu pada Khamis
-Foto BERNAMA
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.

Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.

Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.
SENJATA yang di rampas dari Pengganas Sulu
Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.
BARU-BARU ini, Komando 69 telah berjaya menjejaki dan telah menembak mati 3 orang pengganas Sulu iaitu (2) lelaki dan (1) perempuan. Ketiga-tiga mereka ini adalah penembak tepat atau sniper bagi kumpulan pengganas Sulu yang lengkap bersenjata sniper rifle! Tentera kita perlu meningkatkan kewaspadaan kerana dipercayai masih ramai lagi penembak tepat yang bersembunyi! (Gambar Ehsan VAT 69)

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.

Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan.

Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis.

Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. -BERNAMA

Tegur Pelakon Kurang Ilmu Pertahanan Diri


PETALING JAYA – Mana-mana artis yang berhasrat untuk muncul sebagai pelakon aksi seni mempertahankan diri perlu belajar terlebih dahulu kemahiran itu agar lakonan mereka kelihatan lebih realistik.

Aktor Eman Manan, 55, berkata, kebanyakan pelakon hari ini gagal mempamerkan aksi seperti yang dikehendaki sehingga ia kelihatan janggal apabila ditonton gara-gara tiada asas ilmu berkenaan.

“Orang yang tahu tentang seni mempertahankan diri akan dapat mengesan sejauh mana individu itu memahami seni mempertahankan diri.

“Hasilnya, lakonan daripada pelakon yang tiada ilmu itu akan memalukan. Jadi bagi pelakon-pelakon yang ingin berlakon aksi, lebih baik pergi belajar asas di mana-mana kelas mempertahankan diri terlebih dahulu tidak kiralah sama ada silat, tekwando atau karate sekalipun,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Eman, sesebuah filem atau drama perlu menitik beratkan aspek tersebut kerana ia merupakan salah satu kayu ukur terhadap kualiti sesebuah filem.

“Tidak guna kalau sesebuah filem aksi mendapat kutipan tinggi tapi kita tidak tahu apa yang cuba mereka sampaikan apabila tampil dengan seni mempertahankan diri yang tunggang-langgang.

“Mereka seharusnya buat kajian tentang itu, barulah filem-filem kita ada identiti tersendiri dan boleh dijual di luar negara,” katanya.

Selain itu, Eman turut menegur adegan mengaji Al-Quran yang dilakonkan kebanyakannya tidak mengikut tajwid yang betul.

“Saya cukup marah dengan adegan yang memerlukan pelakon untuk membaca Al-Quran tetapi tidak membacanya dengan tajwid yang betul.

“Mereka tahu berapa ramai yang menontonnya, jika tidak tahu membaca Al-Quran kenapa tidak belajar menyebutnya dengan tajwid yang betul,” katanya.

Bagaimanapun, Eman berkata, masih terdapat pelakon baharu yang boleh dibanggakan dan mampu membawa watak dalam lakonan mereka dengan berkesan.

“Kalau dulu saya sangat suka lakonan Zulhuzaimy tapi kini sudah jarang melihat dia berlakon, sekarang ini Shaheizy Sam, Namron, Que Haidar dan Remy Ishak,” katanya.

Tambah Eman biarpun tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, dia masih mengikuti perkembangan industri filem dan drama tanah air. – mStar Online

Foto Hidup atau Mati



 
dunia-unik.com