Wanita Bersuami Dua Di Johor!


Wanita Bersuami Dua Di Johor!
Wanita Bersuami Dua Di Johor! - BATU PAHAT : Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak tinjauan aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya. – Sinar Harian Online

Panas! Gambar Bogel Pemenang Singapore FHM Models 2012 Tersebar!

Gambar bogel pemenang Singapura FHM Model 2012 Jamie Ang, tiba-tiba menjadi viral di internet.


Salah satu gambar Ang yang tersebar.

Ang dalam gambar tersebut dalam keadaan telanjang sepenuhnya dengan aksi seksual yang sangat mengghairahkan.

Sekurang-kurangnya 50 gambar bogel bekas Miss Komanwel Singapura telah terdedah di dalam beberapa forum dalam talian dan blog tempatan sejak awal bulan April, tetapi gambar-gambar yang telah disebar telah dipadam dari beberapa laman web dan mendakwa mereka diancam tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar tersebut terus diedarkan melalui mesej peribadi di forum-forum internet.

Kemudian, pada awal bulan ini, gambar gadis berusia 22 tahun itu mula mendapat perhatian dari para pengguna blog sekali lagi. Salah satu laman web yang menjadi tuan rumah gambar bogel Ang berkata dia baru-baru ini telah menerima sebahagian besar gambar bocor Ang. Namun tidak dijelaskan sumber gambar itu diperolehi, tetapi paparan dalam salah satu forum menyatakan bahawa imej tersebut diperolehi daripada forum dewasa tempatan.

Beberapa gambar yang muncul lebih bersifat peribadi dan mungkin diambil melalui telefon pintar. Selebihnya diambil secara profesional dengan nama jurugambar di sudut imej.

Menjawab pertanyaan media dari Yahoo! Singapura, jurucakap FHM Singapore mengesahkan bahawa Ang adalah pemenang Model FHM 2012 dan sepengetahuan beliau, "gambar bogel tersebut diambil sebelum menyertai pertandingan itu."

Ang adalah penghias muka depan FHM Singapura pada bulan Ogos 2012 dengan wawancara eksklusif enam muka surat setelah memenangi Model FHM 2012.

Menariknya, pada halaman Model Mayhem biografi beliau, Ang menyebut bahawa dia tidak melakukan sebarang aksi gambar bogel.

Seorang datuk meninggal dalam perjalanan menuju ke kubur isterinya

  detikNews
New York - Sorang pesara Ketua Pejabat Pos,Norman Hendrickson (94 thn) dari kota Albany, New York, AS, meninggal secara mendadak dalam perjalanan menuju kubur mendiang isterinya, Gwen. Oleh anak-anaknya, Norman kemudian dikuburkan di samping ibu mereka yang sudah meninggal awal bulan ini kerana penyakit Parkinson.

Seperti dikutip detikcom dari Reuters, Selasa (26/2/2013), staf rumah duka meletakkan peti Norman dan menempatkannya di samping jenazah isterinya. Sementara puteri mereka, Merrilyne membuat pengumuman berbentuk hati kepada para pelayat.

"Surprise, disinilah orangtua kami bersemayam; Norman dan Gwen Hendrickson, 16 Februari 2013"

Sang anak, Norma Hendrickson mengatakan, orangtuanya yang telah 66 tahun bersama, dikuburkan berdampingan dalam liang yang sama pada hari Rabu, (16/2) bersama abu putera bungsu mereka yang meninggal pada tahun 2008, dan lukisan cat air karya adiknya Merrilyne, yang telah dibuat khusus untuk orangtua mereka.

Pengarah Pemakaman Elizabeth Nichols-Ross yang merupakan teman keluarga tersebut mengatakan, "Pasangan ini merupakan pasangan yang suka tertawa dan sangat bahagia di hari tua mereka, terutama Norman yang sangat menyukai gurauan,".

Sambil bergurau, di mengatakan kepada anak-anak Norman bahawa ayah mereka yang terkenal hemat itu, akan senang kerana akan mengemat biaya untuk pemakaman, sehingga tidak ada biaya tambahan untuk pemakaman kedua.

Seorang pelayat bahkan memaklumi kejadian tersebut, kerana keluarga dan teman-teman mereka tahu bahawa Norman dan Gwen seperti ditakdirkan untuk terus bersama hingga akhir hayat.

"Oh, itu tidak mengejutkan saya, dia hanya ingin bersama Gwen," ujarnya terharu.