Info Buat Wanita Dan Suami Solat Selepas Haid



Info Buat Wanita Dan Suami - Solat Selepas Haid | Kebanyakan wanita muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini.Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam.Kenapa hal ini boleh terjadi?? 

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul-betul pakar dalam bab Orang-orang Perempuan ini kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak. (saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhadakan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?

"Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "Alaa.itu soalan mudah jee..bila datang period maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula bergelar wanita dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Muasharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya.

-Solat Isya juga boleh dijama (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu Fiqhul Nisa ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!! SUMBER

Tindakan Pada Pelakon Lelaki Berpakaian Wanita

Tindakan Pada Pelakon Lelaki Berpakaian Wanita

KUALA LUMPUR – Kerajaan khususnya pihak berkuasa agama dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki berpakaian wanita di stesen televisyen berbayar yang dilihat mendorong kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketika membuat gesaan itu, anggota Dewan Negara Senator Rohani Abdullah berkata meskipun hanya lakonan, perbuatan memakai pakaian dan menyerupai wanita itu jelas haram di sisi Islam.
“Pihak berkuasa agama memang ada bertindak kepada golongan lelaki berpakaian wanita yang berlagak seperti pondan dan sebagainya tetapi masih tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelakon.
“Tindakan pihak berkuasa agama hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja tetapi perlu diketahui stesen televisyen berbayar ini ditonton ramai orang,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan membendung ajaran Syiah yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini. – Bernama

Wanita Bersuami Dua Di Johor!


Wanita Bersuami Dua Di Johor!
Wanita Bersuami Dua Di Johor! - BATU PAHAT : Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak tinjauan aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya. – Sinar Harian Online

Gempar wanita melahirkan bayi kera

Bayi mirip kera yang di lahirkan wanita di Turki

Jika tidak bersedia jangan lihat video ini. Kisah benar ini terjadi di Turki dan amat mengemparkan.


Seorang ibu di negara tersebut melahirkan seorang anak bayi manusia tetapi dengan susuk tubuh yang lebih mirip seekor kera.

Entah bagaimana ianya boleh terjadi,masih lagi menjadi tanda tanya. Mata dan wajahnya tidak seperti manusia, tapi tubuhnya kelihatan sedikit manusia.

Simpati dengan perkara ini, tapi itulah faktanya. Mungkin disebabkan kerosakkan  genetik sehingga perubahan drastik  terjadi, saksikan sendiri video, berita dan rumusan dari para pakar-pakar perubatan mengenai hal ini.

Inilah lukisan wanita yang tak pernah wujud didunia


Dia adalah Lukisan ‘Tica’ oleh Dru Blair. Ini adalah sebuah lukisan selesai dilukis pada Februari 2005. Mengambil masa selama 65-75 jam untuk menyelesaikan.Wanita yang dilukis ini tidak pernah wujud di dunia ini dan hanya sekadar imaginasi pelukis.


Gambar dibawah adalah langkah demi langkah yang diambil selama proses lukisan, dan gambar besar lukisan terakhirl setelah detail dan tekstur kulit ditambahkan dengan penghapus dan pensil berwarna.

Pengorbanan Laki Laki Untuk Wanita

Banyak wanita tidak menyadari, begitu besar pengorbanan yang dilakukan seorang laki - laki kepadanya. Sebagai seorang wanita, apakah kamu pernah menyadari bahwa seorang laki - laki akan melakukan apapun untuk membuat wanita yang dicintainya bahagia.



1. Ketika masih remaja

Seorang laki - laki yang masih remaja rela menyisihkan sebagian uang jajan yang diberikan orang tuanya agar dapat mengajak kamu jalan dan makan bareng. Bahkan dia rela sama sekali tidak jajan di kantin waktu istirahat dan menolak ajakan teman - teman laki - lakinya untuk keluar bareng dengan harapan dia dapat mengumpulkan uang buat biaya jalan - jalan sama kamu.

2. Ketika sesudah bertunangan

Seorang laki - laki yang telah bertunangan, mereka setiap hari akan mati - matian memikirkan apa yang harus dilakukan untuk dapat segera menikahi calon istrinya. Ada juga dari mereka yang rela mengurangi jatah makannya, mungkin yang seharusnya tiga kali sehari menjadi dua kali atau hanya sekali sehari hanya untuk mengumpulkan uang agar segera dapat menikahi kamu. Mereka melakukan itu dengan sangat ikhlas.

3. Ketika berumah tangga

Seorang laki - laki atau suami akan berusaha terus mencari nafkah untuk anak dan istrinya tercinta selama paru - paru yang dimilikinya masih dapat digunakan untuk bernafas. Seburuk - buruknya pekerjaan, terkadang khilaf mereka lakukan agar anak dan istrinya dapat menikmati sesuap nasi, bahkan jika terpaksa, menjadi seorang maling pun nekad mereka lakukan. Dan yakinlah seburuk - buruknya pekerjaan yang dilakukan suami, ia tak ingin anak dan istrinya mengetahui.

Dari fenomena yang terjadi saat ini, para wanita berulang kali menyerukan tentang persamaan gender dan hak - hak sebagai seorang wanita. Tidak puaskah dengan pengorbanan yang dilakukan para laki - laki atau bisakah para wanita berbuat seperti apa yang para laki - laki lakukan selama ini?

10 Cara Efektif dan Jitu Untuk Mendekati Wanita Single

Kira-kira apa yang harus anda lakukan saat anda merasa tertarik dengan seorang wanita single ketika berada disuatu tempat? Apakah anda akan lari dan bersembunyi? Apakah anda hanya berdiri dan memikirkan hal yang tepat untuk diucapkan? Nyatanya banyak pria yang kehilangan kesempatan itu, yakni saat bertemu dengan wanita yang cukup membuatnya gemes.



Kebanyakan pria terjebak dengan terlalu banyak berpikir mengenai apa yang harus dikatakan. Mereka percaya bahwa ada satu kata ajaib yang mampu bekerja dengan baik dalam segala situasi. Para pria melatih diri dengan kata-kata yang tepat, dan berharap kata pembuka itu mampu membuat perempuan tertarik padanya. Namun sayangnya pendekatan jenis ini jarang berhasil karena situasi yang tidak relevan. Padahal untuk menarik perhatian seorang wanita adalah berbicara soal kepercayaan diri yang anda tunjukkan pada wanita tersebut.

Ada 10 cara efektif yang bisa anda lakukan untuk mendekati wanita single.

1. Cerdas Dalam Mengamati Situasi Lingkungan

Mulailah sebuah pembicaraan yang berkaitan langsung dengan situasi lingkungan. Misalnya anda melihat seorang wanita di Mall dan anda merasa tertarik padanya, maka perhatikanlah apa yang dia lakukan saat itu. Sebut saja dia memilih jenis T-Shirt, maka yang harus anda tanyakan adalah Jenis T-Shirt yang sedang trend baru-baru ini, atau segala hal yang berkaitan dengan T-Shirt.

2. Senyum Yang Tulus (Natural Smile)

Tersenyum menunjukkan sikap yang ramah dan percaya diri. Senyum sangat baik bagi diri anda dan orang lain karena mampu menciptakan suasana yang tenang, nyaman dan keterbukaan dalam interaksi. Senyum ini merupakan syarat utama dalam membina hubungan yang baik.

3. Hilangkan Sikap Ragu-Ragu

Dekatilah wanita tersebut dengan rasa percaya diri, dan tunjukkan padanya bahwa anda adalah orang yang tahu apa yang dia inginkan walaupun hanya dalam 3 detik saja. Setelah itu anda bisa pergi meninggalkan dia dari tempat itu.

4. Bahasa Tubuh Yang Positif

Jika Anda mendekati wanita dengan membungkuk serta kepala tertunduk ke bawah, Anda sebenarnya mengirim informasi negatif tentang diri Anda, yang membuat Anda kalah sebelum perang. Cobalah berdiri tegak, dengan bahu belakang dan dada yang tegak, serta berjalanlah dengan santai dan tenang.

5. Tidak Terlalu Cepat

Jika anda berjalan terlalu cepat, Anda mungkin dapat memicu alarm internalnya. Santai bro…, pendekatan yang lepas (rileks tanpa beban mental) biasanya merupakan cara terbaik untuk membuatnya merasa nyaman dengan keberadaan anda.

6. Pertahankan Kontak Mata

Jangan pernah menjadi yang pertama memecahkan kontak mata dengannya. Jika Anda melakukannya, hal ini menandakan bahwa anda sedang mengirimkan pesan bahwa anda merasa tidak nyaman dan tenang dalam mendekatinya. Bila anda menggunakan kontak mata yang kuat, dia akan merasa lebih tertarik kepada anda. Untuk menguasai teknik ini, anda harus melatihnya, terutama tentang pandangan mata yang sejuk, dan hindari cara kontak mata yang terkesan serem atau galak.

7. Pendengar Yang Baik

Pastikan anda berhati-hati untuk memperhatikan apa yang dikatakannya. Wanita menyukai pria yang memberi perhatian pada rincian apa yang dikatakannya. Wanita lebih cepat kehilangan good mood-nya ketika anda bersikap seperti tidak memperhatikan detail kata-katanya.

8. Jangan Gelisah

Gelisah saat anda sedang melakukan interaksi dengannya sangat mengganggu dan menunjukkan bahwa anda merasa tidak nyaman. Sehingga si wanita juga merasa BeTe dan akan menutup komunikasinya. Perhatikanlah gerakan tubuh anda, jangan sampai terlihat kaku atau terlihat gelisah, atur frekwensi ucapan-ucapan anda, jangan sampai terlihat gugup dan blepotan.

9. Meringankan Nada Suara

Nada suara anda adalah alat yang sangat powerfull untuk menggaet wanita. Mendekati dia dengan nada ringan dan ritme suara yang teratur adalah salah satu cara terbaik untuk memulai interaksi.

10. Menghormati Batas Kenyamanannya

Jika seorang pria yang sedang mendekatinya terlalu serius bisa membuat wanita merasa risih. Pendekatan yang lebih baik adalah dengan membicarakan hal-hal yang ringan, sedikit bercanda dan jangan mencampuri urusan pribadinya. Anda harus menghormati ruangnya, batas-batasnya, dan usahkan dia merasa nyaman dengan diri sendiri.

Itulah 10 cara yang efektif untuk mendekati seorang wanita single. Mungkin anda mengalami moment-monent  penting tersebut. Dan anda bisa mengikuti cara-cara di atas, itu hanya sebagian tips pengembangannya bisa anda  cari sendiri. Good luck...!