Ania Dikecam Hebat Penduduk Mesir


POLAND – Hasrat seorang wanita tidak bermoral, Ania Lisewska, 21, yang mahu meniduri 100,000 lelaki dengan merancang menjadikan Mesir sebagai negara persinggahannya, telah dikecam hebat oleh penduduk di negara itu.

Selain digelar sebagai `jijik’ wanita itu juga tidak dialu-alukan ke negara berkenaan.

“Menteri pelancongan Mesir perlu campur tangan. Ia melibatkan isu keselamatan.

“Mesir tidak membuka pintu kepada pelacur,’’ demikian bunyi kecaman yang ditujukan kepada Ania.

Mesir merupakan negara pertama di Asia Barat yang mahu dikunjungi oleh Ania demi melampiaskan nafsunya itu.

Media di Arab melaporkan bahawa Ania akan dijemput oleh seorang lelaki dikenali Mohammad Abdel Moneim setibanya dia di Kaherah.

Erem News melaporkan bahawa Abdel Moneim menyatakan bahawa kedatangan Ania ke Mesir adalah kerana ingin melawat negara tersebut.

Ania mengejutkan masyarakat apabila menyatakan dia mahu memecah rekod dunia dengan meniduri 100,000 lelaki di seluruh dunia.

Jelasnya, keseronokan yang akan dialami itu akan mengambil masa 20 minit bagi setiap orang, bergantung kepada berapa ramai orang yang ditemuinya pada hari itu.

Sejak keinginan berkenaan diluahkan dalam facebooknya, dia telah menerima 60,000 butang like.

Dia berkata, marathon seks berkenaan telah bermula sejak bulan lepas di Warsaw dan dia merancang untuk mengembara negara lain.

Sementara itu Al-Bawaba melaporkan bahawa setakat ini Ania sudah meniduri 284 lelaki dan untuk menjayakan perbuatan tidak bermoralnya itu, dia perlu menghabiskan masa selama 33,000 jam atau 3.8 tahun.

Itu pun jika dia bekerja siang dan malam tanpa henti.

Al Sisi Kami siap mati untuk Mesir

21 Nov 2013

Kepala militer: Kami siap mati untuk Mesir
Abdul Fatah al-Sisi. stream.wsj.com ©2013 Merdeka.com
 

Merdeka.com - Panglima Angkatan Bersenjata Mesir, Jenderal Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin mengeluarkan satu kenyataan menantang kepada para teroris, dan menyebut angkatan bersenjata Negeri Sungai Nil itu siap mati agar Mesir tetap hidup.

Jenderal Al-Sisi membuat pernyataan itu dalam sebuah pidato yang disiarkan televisyen, setelah terjadinya insiden serangan di Utara Sinai, di mana sepuluh tentera Mesir terbunuh, seperti dilapor stesyen televisyen Al Arabiya, Khamis (21/11).
"Semua orang harus tahu kita siap untuk mati agar Mesir tetap hidup," kata Al-Sisi, seperti dikutip laman Al-Ahram.
"Setiap orang yang menggunakan senjata melawan tentera dan polis  adalah seorang teroris yang ingin menghancurkan rakyatnya sendiri. Kami ada untuk melawan hal ini dan siap terbunuh atas tujuan ini," lanjut dia.

Sebuah serangan bom kereta kelmarin membunuh setidaknya sepuluh tentera Mesir   dekat Kota Al-Arish, di Sinai Utara.
Insiden itu dianggap sebagai salah satu serangan paling mematikan di Semenanjung Sinai, yang bergolak sejak kelompok militan terinspirasi Al-Qaidah mulai melancarkan serangan, setelah penggulingan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada 3 Julai.

Jenazah para perajurit yang terbunuh itu dikhabarkan tiba di pangkalan udara tentera Almaza di Ibu Kota Kairo, kelmarin malam waktu setempat.
Dari rakaman yang disiarkan di televisyen pemerintah memperlihatkan Jenderal Al-Sisi turut menghadiri pemakaman para tentera yang terbunuh itu dan menghibur anggota keluarga mereka.
"Kami tidak takut, kerana kami tahu jika kami terbunuh ketika mempertahankan negara ini, maka kami akan menjadi martir( shahid roman katholik). Kami akan berdiri seperti martir di hadapan Tuhan," ucap Al-Sisi. "Hanya Tuhan yang tahu rasa sakit di jiwa kami," lanjut dia.