17 PELAJAR SEKELAS HAMIL SERENTAK




17 orang remaja perempuan yang belum pun genap usia 17 tahun dan masih lagi belajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.


Bermula ketika selesai kem musim panas, mereka kembali meneruskan persekolahan dan disekolah itulah baru diketahuo mereka hamil secara serentak!. Uniknya dan lebih menggemparkan ialah mereka tidak hanya dari sekolah yang sama, kesemua gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga rakan sekelas!.
Hingga saat ini pejabat sekolah masih melakukan penyelidikan berapa umur ‘si ayah’ dan siapa saja ‘si ayah’ yang mengamilkan mereka. “Jika diketahui usia ‘ayah’ kepada bayi yang dikandung mereka berumur lebih dari 20 tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana atas kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata seorang petugas di sekolah itu.

Dari laporan yang disediakan, ternyata niat hamil secara bersama oleh kesemua 17 pelajar ini memang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu. Malah rahsia mereka turut terbongkar, rupa-rupanya seluruh pelajar perempuan kelas berkenaan telah merancang dan sepakat untuk hamil namun yang benar-benar hamil hanya 17 orang pelajar sahaja. “Entah apa tujuannya tapi dari tinjauan ujian kehamilan yang dilakukan oleh pihak sekolah, kami menjumpai fenomena menyedihkan ini yang mana beberapa pelajar perempuan lain ada yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka gagal hamil,” ujar staf sekolah itu.

Boleh jadi idea gila ini disebabkan peristiwa yang seringkali terjadi di Gloucester High School. Kerana setiap kali selesai sahaja parti akhir tahun sekolah, pihak sekolah akan mengadakan ujian kehamilan bagi seluruh pelajarnya. Perkara ini disebabkan kerana tercatat setiap tahun banyak pelajar perempuannya yang tidak boleh melanjutkan sesi persekolahan kerana alasan hamil di luar nikah. Namun peristiwa 17 pelajar yang hamil serentak kali ini benar-benar mengejutkan sehingga menjadi perbincangan dan tajuk berita media massa.

Pelajar maut gula gula getah meletup




KIEV, Ukraine - Polis Ukraine mengesahkan seorang pelajar kimia sebuah cawangan Institut Politeknik Kiev, Vladimir Likhonos (gambar), yang berusia 25 tahun maut apabila gula-gula getah tiba-tiba meletup sehingga menghancurkan sebahagian mukanya.
Jurucakap polis Elvira Biganova semalam memberitahu, pelajar itu secara tidak sengaja mencampurkan sejenis bahan letupan ke dalam gula-gula getah yang digunakan dalam kajiannya.
Menurutnya, Likhonos sepatutnya mengambil asid sitrik untuk memberi rasa masam ke dalam gula-gula getah itu.
Namun, dia tersilap mengambil serbuk letupan.
"Letupan itu menghancurkan rahang dan bahagian bawah wajahnya," ujarnya.
Jurucakap itu berkata, polis menemui 100 gram serbuk yang disyaki bahan letupan di atas meja yang mirip asid sitrik.
Beberapa pekerja perubatan yang berada di tempat kejadian gagal untuk menyelamatkannya.
"Sesiapa sahaja mungkin telah mencampurkan bahan letupan itu," kata jurucakap tersebut yang mengulas kejadian pada Sabtu lalu itu.
Sementara itu, menurut sebuah laporan akhbar, gula-gula getah itu meletup di dalam mulutnya.
Kejadian itu berlaku di dalam bilik di rumahnya.
Letupan itu menyebabkan ibu bapanya terkejut dan meluru ke biliknya sebelum mendapati anak mereka terbaring dengan rahangnya hancur. - Agensi

Pelajar Tingkatan 3 Pendarahan Teruk Dirogol

Pelajar Tingkatan 3 Pendarahan Teruk, Dirogol Buruh Kasar

TELUK INTAN – Perkenalan singkat ketika menghadiri kenduri kahwin kakak di Kampung Gajah yang baru menjangkau tiga bulan mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila dia menjadi mangsa rogol oleh temannya itu.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.
“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.
“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.
Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.
“Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.  – Sinar Harian Online