
Beijing – China didakwa telah mengupah kira-kira dua juta pekerja untuk menjadi `mata-mata’ bagi memantau aktiviti penduduknya yang menggunakan internet setiap hari.
Ia termasuk mengawasi komen-komen dan imej yang dimuat naik dalam media sosial.
Pekerja berkenaan yang diupah sebagai `penganalisis pandangan internet’ ditugaskan memantau laman web termasuk Weibo.
Pemantauan itu dijalankan memandangkan kerajaan sukar menjalani kawalan terhadap pengguna media sosial.
Dengan menekan kata mudah dalam carian internet, mereka dapat memantau komen-komen dan imej yang dimuat naik di dalam talian setiap hari.
Tugas mereka dibantu untuk teknologi yang dapat menganalisis berjuta-juta komen dalam masa sejam sama ada di dalam atau luar negara.
Banyak laman web seperti Google Maps dan Facebook telah diharamkan oleh kerajaan China.
Keadaan ini menyebabkan banyak perisian daripada seluruh dunia untuk cuba memecah `tembok China’ ini bagi membolehkan pengguna melepasi tembok tersebut dan melihat kandungan internet di seluruh dunia.
Posting Komentar